MENU
15 Ogos 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan 10 komputer, 20 telefon pintar dan 2 tablet kepada 32 pelajar di Dewan Komuniti Pasir Pinji pagi tadi.
 
Datuk Bandar juga turut menyampaikan tablet kepada 2 pelajar di Tanjung Rambutan. Kedua-dua program tersebut turut dihadiri oleh Clr Dr. Richard Ng, Clr. Nor Afzanizam bin Salleh, Clr. Puteri Holijah binti Muhamad Rali, Clr. Dato' Ahmad Hariri bin Kamarudin, Clr. Mohammad bin Sharif dan Clr. Mohammad Iskandar bin Abdul Rahman, Ahli Majlis MBI.
 
10 komputer dan 20 telefon pintar disumbangkan oleh Persatuan Pengusaha Komputer dan Peralatan Digital Ipoh, Perak (PCDA) manakala 4 tablet pula disumbangkan oleh MBI.
 
Semoga ia dapat membantu para pelajar tersebut mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih efisien.