MENU
15 Ogos 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan tablet kepada 2 pelajar di Jalan Besar, Kampung Cheh dan Taman Berjaya, Tanjung Rambutan tengahari tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Ahli Majlis MBI dan Tuan Haji Ayob Zenal, JPKK Tanjung Rambutan.
 
Semoga ia dapat membantu para pelajar tersebut mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih efisien.