MENU
18 Ogos 2021 – “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", usaha memerangi wabak Covid 19 perlulah dipikul oleh semua pihak demi mencapai imuniti kelompok negara.
 
Begitulah perkataan yang terpahat dalam hati Clr. Albert Ho apabila melaksanakan amanah dalam membuat perancangan strategik khususnya penubuhan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Aeon Big, Falim.
 
Pagi tadi, beliau telah berunding dengan Pengerusi Perak Chinese Chamber of Commerce & Industry (PCCCI) Dato' Liew Chee Meng dan ahli-ahlinya serta wakil daripada Aeon Big berkenaan penubuhan PPV di dalam kompleks tersebut.
 
Menurut beliau, lokasi tersebut sesuai dijadikan PPV kerana terdapat kemudahan-kemudahan yang lengkap serta ruangan yang luas, ianya juga berdekatan dengan kawasan perumahan yang berpenduduk padat dan kawasan perindustrian.
 
Beliau yakin bahawa penubuhan PPV di Aeon Big, Falim dapat meringankan beban di PPV lain dan meningkatkan kadar imunisasi khususnya di Perak.
 
Setelah mencapai kata sepakat telah dicapai untuk membawa cadangan berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau, YB Tuan Mohd Akmal bin Kamarudin untuk perbincangan selanjutnya.
 
YB Tuan Mohd Akmal telah berjanji akan membawa isu tersebut ke Mesyuarat Peringkat Negeri.
Beliau juga amat berharap PPV baru berkenaan dapat ditubuhkan serta menyeru kepada masyarakat agar menghargai segala pengorbanan yang diberikan oleh "frontliner".
 
Marilah kita berikan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk menjayakan Program Vaksinasi Negara.