MENU
20 Ogos 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud merasmikan penutupan Sambutan Hari Nyamuk Sedunia Peringkat Bandaraya Ipoh di Surau An Najah, Kampung Rapat Jaya malam tadi. Datuk Bandar turut menyampaikan surat pelantikan kepada JPP Zon 21, sumbangan barangan makanan kepada asnaf dan Gerobok Rezeki Surau An Najah.
 
Program tersebut telah bermula sejak pagi tadi dengan sanitasi, semburan kabus serta tazkirah solat Jumaat bertajuk Nyamuk.
 
Ia turut dihadiri oleh Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian Ahli Majlis MBI dan Tuan Haji Mohd Adnan bin Puteh, Pengerusi Surau An Najah.
 
Semoga program berkenaan akan membantu mengatasi wabak denggi di Bandaraya Ipoh.