MENU
22 Ogos 2021-"Membantu tanpa mengira kaum"...Begitulah sikap Clr. Albert Ho dalam mengagihkan 50 set bantuan makanan kepada penduduk Bercham anjuran bersama Meow Yuen Zen Buddhist Monastery Ipoh.
 
Menurut beliau, bantuan makanan tersebut disalurkan kepada keluarga yang terkesan dalam pandemik Covid 19 bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka.
 
Penerima bantuan yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat juga penduduk yang tampil untuk memohon bantuan yang mana maklumat mereka telah direkodkan dalam sumbangan yang seterusnya.
Clr Albert Ho turut memaklumkan walaupun ia merupakan anjuran pusat agama Buddha, namun beliau amat gembira kerana bantuan turut disumbangkan kepada semua kaum.
 
Beliau turut menyampaikan amanat bahawa setiap orang boleh membantu orang lain walau apapun latar belakangnya kerana kita hidup di bumi Malaysia.
 
Memandangkan kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64, kita perlulah saling bantu membantu antara kaum bagi Keluarga Malaysia.
 
Ia turut dihadiri oleh Ketua Kampung Bercham EncikRaymond Choo Kam Kau, Pengerusi JPP Zon 11,Encik Cheng Ming Tat dan Puan Mah Nyeat Cheng, Setiausaha JPP, Encik Chung Kok Heung dan Puan Jannifa Au Abdullah serta Ahli-Ahli Jawatankuasanya.