MENU
23 Ogos 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud telah mengadakan lawatan turun padang ke 5 lokasi Medan Selera & Dataran Niaga yang tidak aktif dan terbiar iaitu Medan Selera Tambun, Medan Selera Taman Meru, Medan Selera Silibin, Dataran Niaga dan Medan Selera Greentown petang tadi. Ia turut dihadiri oleh Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Ahli Majlis MBI dan Ketua Jabatan MBI.
 
Terdapat 8 medan selera dan dataran niaga yang kurang aktif dan terbiar di Bandaraya Ipoh.Dalam lawatan turun padang tersebut, Datuk Bandar telah membuat keputusan untuk membuat kajian semula medan-medan selera yang kurang aktif dan terbiar di Bandaraya Ipoh agar kembali ceria untuk dikunjungi oleh wargakota Ipoh.
 
Untuk makluman, terdapat 19 medan selera dan 4 Dataran Niaga milik Majlis dengan 423 peniaga di Bandaraya Ipoh.
 
Semoga kajian semula tersebut akan terus meletakkan Ipoh sebagai syurga makanan di Malaysia dan dunia.