MENU
26 Ogos 2021 - Usaha memberi bantuan kepada warga Ipoh yang menghadapi kesukaran hidup tidak pernah terhenti apabila Clr Albert Ho mengedarkan bantuan kotak bekalan makanan sumbangan parti politik dan YAB Menteri Besar kepada 30 buah keluarga di rumah pangsa Waller Court pagi tadi.
 
Menurut beliau, penerima tersebut terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka amat berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri Perak. Kita tinggal di tanah air yang sama maka kita harus hidup bersama dan saling bantu membantu umpama aur dengan tebing.
 
Saya berharap aktiviti sebegini dapat menghangatkan lagi semangat patriotik memandangkan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan ke-64.