MENU
30 Ogos 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Clr. Puteri Holijah binti Muhamad Rali, Ahli Majlis MBI meraikan Sambutan Kemerdekaan ke-64 dengan nyanyian lagu Negaraku kibaran Jalur Gemilang serta menanam pokok bersama penduduk Garden Villa, Sunway City Ipoh pagi tadi. 
 
Ia turut dihadiri oleh Clr. Dr. Richard Ng, Ahli Majlis MBI, Encik Lim Chau Hing, Pengerusi Persatuan Penduduk Garden Villa, Sunway City Ipoh dan Encik Bathunathan a/l Murugesu, Setiausaha, Persatuan Penduduk Garden Villa, Sunway City Ipoh.
 
Semoga program tersebut akan menyemarakkan lagi Sambutan Kemerdekaan ke-64 tahun ini.