MENU
3 September 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan wang bagi keperluan barangan bayi, sebuah mesin basuh dan set meja makan 6 kerusi kepada Pengurusan Rumah Teduhan Hawa di bawah program MBI Prihatin petang tadi.
 
Ia  turut dihadiri oleh YBhg. Clr. Tn. Syed Mohd Noor Hisam bin Syed Hassan dan YBhg. Clr. Tn. Haji Kamarulzaman bin Abdullah iaitu Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kecil Kebajikan dan Kemiskinan Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh serta Puan Sr. Rohayah binti Abdul Kadir, Pengarah Kanan (Perkhidmatan). Turut hadir sama  adalah Puan Faridah Binti Sulaiman, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan En. Muhammad Nasrul Hadi bin Jukun Naim, Ketua Unit Pusat Setempat, Majlis Bandaraya Ipoh.
 
Sumbangan  tersebut adalah daripada Jawatankuasa Kecil Kebajikan dan Kemiskinan Bandar MBI.
Rumah Teduhan Hawa adalah rumah kebajikan yang terletak di No.11, Jalan Jumbo Jet, Taman Lapangan Terbang, 31350 Ipoh, Perak menempatkan golongan wanita yang mempunyai masalah keluarga dan lain-lain lagi.
 
Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, rumah berkenaan telah beroperasi sejak tahun 2017.
 
Untuk makluman, sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020, MBI telah melancarkan Program MBI Prihatin yang mana setakat 2 September 2021, lebih RM900 ribu telah dibelanjakan bagi membantu meringankan beban penduduk, peniaga serta warga MBI sendiri yang dibiayai oleh MBI serta rakan strategik MBI, Econsave serta penaja seperti Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad, Daboba Berhad dan Bonanza Ventures Holding Sdn Bhd (BVH).
 
Semoga ia dapat membantu meringankan beban Pengurusan Rumah Teduhan Hawa dalam mengharungi kehidupan dalam tempoh pandemik Covid-19.