MENU
11 September 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar meninjau perkembangan projek pembangunan di Bandaraya Ipoh iaitu kerja-kerja pembinaan laluan pejalan kaki di hadapan SMK Pasir Puteh, Jalan Pasir Putih dan mengecat semula Medan Selera Tasek serta kerja-kerja membaiki jambatan di Kg. Sengat.
 
Ia turut dihadiri oleh Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussain, Ahli Majlis MBI, Encik Azman Mohd Harun, Pengarah Kejuruteraan MBI dan Tuan Haji Zainal Othman, Pengurus Puncak Emas Sdn Bhd (PEISB).