MENU
 
12 September 2021-Kepentingan orang awam perlu didahulukan, oleh itu janganlah kita membuang masa dalam mempersoalkan siapa yang bertanggungjawab dalam aspek keselamatan dan kebajikan wargakota Ipoh.
Begitulah sikap Clr. Albert Ho apabila mengetahui bahawa terdapat pekerja kontraktor pengurusan sampah yang dijangkiti covid 19. Menurut beliau, selaku Ahli Majlis MBI, beliau harus bertindak dengan meletakkan kepentingan orang awam sebagai keutamaan.
 
Justeru itu, dengan serta-merta beliau telah membawa anggota Crisis Relief Squad (CRSM) ke Pejabat kontraktor tersebut untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi.
 
Anggota-anggota CRSM yang diketuai oleh Encik Ricky Soong telah menjalankan ketja-kerja semburan cecair sanitasi ke pejabat berkenaan dan setiap trak pengumpul sampah.
 
Beliau amat menghargai usaha mereka dan sedar bahawa sekiranya perkhidmatan kutipan sampah tergendala ia akan akan mendatangkan masalah kepada wargakota Ipoh.
 
Beliau turut menyeru kepada individu yang menjalankan kuarantin di rumah agar menguruskan bahan buangan dengan cara yang betul serta memastikan bahan buangan dibalut dengan sekurang-kurangnya dua lapisan bungkusan plastik dan dibuang ke dalam tong sampah.
 
Tugas memerangi pandemik Covid 19 bukanlah terletak di bawah tanggungjawab mana-mana pihak tetapi ia adalah tanggungjawab kita bersama.