MENU
21 September 2021-Majlis Bandaraya Ipoh telah meraih Anugerah Emas Regional Innovation Showcase On Team Excellence (RISTEX) 2021 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Majlis Perasmian Penutupan & Penganugerahan RISTEx 2021.
 
MBI melalui kumpulan SmartBiz20 dengan projek Inovasi Sistem MyNoRisk@MBI telah terpilih bersama 195 penyertaaan lain yang berjaya merangkul Anugerah EMAS manakala 6 kumpulan lain memperolehi Anugerah PERAK.
 
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang Piala, Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan dan seterusnya layak ke peringkat Kebangsaan bagi menyertai Annual Productivity and Innovation Showcase (ArISe) 2021 yang akan diadakan pada bulan November 2021.
 
Semoga pengiktirafan yang diperolehi oleh MBI ini akan memberikan suntikan semangat kepada warga MBI untuk menghasilkan idea-idea inovasi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat warga bandar raya Ipoh.