MENU
29 September 2021 - Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar ke Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh anjuran Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI dan PERKIP di Surau MBI tengahari tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI, Encik Ahmad Marzuki b. Abdul Aziz, Yang Dipertua PERKIP, Pengarah Kanan dan ketua jabatan MBI.
 
Antara aktiviti yang diadakan adalah bacaan yassin dan penyampaian sumbangan kepada anggota MBI yang mengidap penyakit jantung.
 
Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi Sambutan Hari Jantung Sedunia tahun ini.