MENU

Dimaklumkan mulai 2 Disember 2021 (Khamis), Majlis Bandaraya Ipoh akan menutup Kaunter Pandu Lalu Pengeluaran Permit Penjaja Sementara (PPS) di Persiaran ICC Bandaraya 2, Ipoh.

Ini berikutan negeri Perak telah beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan pembukaan semula Kaunter Bayaran dan permohonan di Lobi Bangunan MBI.

Sehubungan dengan itu, segala permohonan, urusan lesen dan Permit Penjaja Sementara boleh dibuat di Kaunter Lobi Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh.
 
MAJLIS BANDARAYA IPOH