MENU

28 Jun 2022-YB Tuan Khairul Shahril bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak telah merasmikan Ipoh Intergrated Operation Centre (IIOC) dan melancarkan Rangkaian 5G Greater Ipoh petang tadi.

MBI & TM telah menggerakkan kerjasama dan mengembeling tenaga bagi melaksanakan salah satu projek yang terkandung di dalam Blueprint Ipoh Smart City iaitu IPOH INTERGRATED OPERATION CENTER (IIOC).

Khidmat nasihat dan kerjasama ini telah bermula sejak awal pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar pada Mac tahun lalu.

Sejak dilancarkan pada April 2021, MBI telah kick-off 12 projek termasuk sebuah projek utama Bandar Pintar Ipoh iaitu Ipoh Intergrated Command Centre (IIOC)

Projek Command Centre ini merupakan nadi kepada Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh yang akan menjadi sebuah pusat kawalan pintar yang mempunyai keupayaan memproses Big Data dengan menggunakan perisian Artificial Inteligence (AI) , Internet of Thing (IoT) sekali gus akan melicinkan urus tadbir pembandaran MBI kepada urustadbir yang berintensifkan High-Tech, sensor dan peranti.

Sehingga akhir Oktober ini sebanyak 98 lagi tapak rangkaian 5G akan dipancarkan di Wilayah Greater Ipoh merangkumi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Majlis Perbandaran Kampar & Majlis Daerah Batu Gajah dan dijangkakan capaian rangkaian internet pantas 5G ini akan meliputi seluruh Negeri Perak.

Sebuah command center yang canggih tanpa capaian internet yang baik adalah satu kekurangan bak kata pepatah ibarat perahu tanpa pendayung, namun yang demikian MBI dan TM melalui Digital Nasional Berhad terlebih dahulu telah bekerjasama bagi mengatasi permasalahan ini.

Hasilnya Ipoh kini merupakan Bandar yang pertama di Wilayah Utara yang mempunyai capaian akses 5G berkelajuan 1GB per saat hasil hasil pasukan 5G Greater Ipoh yang diketuai oleh Datuk Bandar bersama PKNP, Digital Nasional Berhad, SKMM Perak dan TM.

Majlis menandatangani Perjanjian Langganan Perkhidmatan antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi perkhidmatan Sistem Lampu Isyarat Pintar / Smart Traffic Light with Intelligence Analytic (STARS) di sepanjang Jalan Sultan Idris Shah turut diadakan petang tadi diantara Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, mewakili Majlis Bandaraya Ipoh dengan Tuan Mohamed Faisal Bin Naina Mohamed, Naib Presiden Jualan, mewakili TM One.

MBI bersama dengan TM One telah melaksanakan tempoh percubaan bagi Sistem Lampu Isyarat Pintar di empat (4) persimpangan sepanjang Jalan Sultan Idris Shah sejak lapan (😎 bulan yang lalu, iaitu bermula dari November 2021.

Sebanyak empat (4) persimpangan telah dipasang dengan Sistem Lampu Isyarat Pintar tersebut, iaitu di persimpangan berikut:

a. Persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Laksamana;

b. Persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Datuk Onn Jaafar;

c. Persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Musa Aziz;

d. Persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Ekram.

Sistem STARS TM One dilengkapi keupayaan Kecerdasan Buatan (AI), Kamera AI berdefinisi tinggi dan analitik video yang membolehkan analisa trafik secara pintar untuk kelancaran trafik yang optimum.

Ia akan membantu melancarkan aliran trafik sehingga 51% terutama pada waktu puncak, yang mana membantu menjimatkan masa dan kos bagi pengguna jalan raya di sepanjang Jalan Sultan Idris Shah.

Ia juga dapat mengurangkan kadar pengeluaran karbon sebanyak 7,500kg sebulan selaras hasrat MBI menjadikan Ipoh sebuah bandar raya rendah karbon menjelang 2030.