MENU
24 Julai 2022-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Kejohanan E-Sports Piala Datuk Bandar Ipoh anjuran MBI dengan kerjasama Esports Perak pagi tadi.
Ia turut Clr. Nor Afzanizam bin Salleh, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Kejohanan E-Sports Piala Datuk Bandar Ipoh, AhliMajlis-AhliMajlis, Majlis Bandaraya Ipoh; Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-ketua jabatan MBI.
 
MBI merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang pertama di Malaysia menganjurkan Kejohanan Sukan Elektronik. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini turut disertai oleh peserta dari Selangor, Melaka dan Johor.
 
Fenomena sukan elektronik atau e-sport yang menjadi kegilaan rata-rata remaja di Malaysia dilihat semakin berkembang pesat seiring dengan kebangkitan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
 
Esport kini telah diiktiraf sebagai satu bentuk sukan kompetitif di peringkat global.
MBI dengan kerjasama Esports Perak telah mengambil inisiatif menganjurkan kejohanan ini bagi memupuk dan memberi bimbingan kepada para remaja untuk diketengahkan serta bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
Langkah yang diambil oleh MBI ini akan turut diikuti oleh PBT-PBT lain di Malaysia dalam usaha untuk meletakkan sukan esports di Malaysia setanding dengan negara-negara lain di dunia.
Kejohanan ini adalah antara program Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh kali-34 anjuran MBI.Ipoh telah diistihar sebagai Bandaraya pada 27 Mei 1988.
 
MBI turut mengatur pelbagai kemudahan dan aktiviti lain seperti Malam Tanpa Kereta Ipoh, Perkelahan Keluarga, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Memancing, Pertandingan Keceriaan dan Pengindahan Bandar Raya Ipoh.
 
Semua program dan aktiviti yang dianjurkan ini akan memberi keceriaan serta meletakkan Ipoh antara destinasi pelancongan pilihan pelancong dalam dan luar negeri disamping penyediaan produk-produk pelancongan utama di Bandaraya Ipoh seperti Taman Rekreasi Gunung Lang, Concubine Lane dan lain-lain lagi.
 
Agensi kerajaan, swasta dan NGO amat digalakkan untuk turut bersama-sama dalam memberi keceriaan kepada Bandaraya Ipoh.
 
Semoga kejohanan ini bakal melahirkan pemain esport yang hebat dan berkualiti dan tidak mustahil akan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.