MENU
25 Julai 2022-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Prof. Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Rektor UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Hussian, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI dan Professor Madya Norhafizah binti Abdul Rahman, Ketua Jabatan Pengajian Alam Bina & Teknologi, Wakil Timbalan Rektor UiTM Cawangan Perak telah menandatangani Memorandum Kolaborasi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan komuniti setempat di Dewan Azlan Shah petang tadi.
 
Antara perkara yang menjadi keutamaan dalam memorandum ini adalah mengadakan program bersama untuk latihan, seminar, bengkel, konferens dan kursus jangka pendek mengenai ilmu, teknologi dan kemahiran terkini dalam bidang senibina landskap.
 
Aktiviti ini akan menghimpunkan barisan penceramah daripada kedua-dua institusi dan membincangkan cabaran atau peluang dalam bidang senibina landskap.
 
Memorandum ini juga mengetengahkan mobiliti inbound dan outbound pelajar dan staf UiTM Cawangan Perak dari sudut penerimaan pelajar untuk tujuan latihan industri di MBI dan menerima calon PJJ dari MBI untuk melanjutkan pelajaran di UiTM Cawangan Perak.
 
Penganjuran oleh MBI dan penyertaan 130 pelajar dan staf Program Senibina Lanskap dari UiTM Cawangan Perak di dalam aktiviti Cerapan Ipoh sempena Hari Bumi dibawah City Nature Challenge 2022 yang dijalankan di Taman D.R Seevanisagam, Ipoh merupakan contoh awal penglibatan positif kedua belah pihak bagi melihat isu kelestarian persekitaran dalam merekodkan spesis flora dan fauna yang terdapat di Ipoh.
 
Memorandum kolaborasi ini akan berkuatkuasa selama 2 tahun bermula 25 Julai 2022.
 
Semoga memorandum ini akan dapat meningkatkan kerjasama dan sumbangan perkongsian illmu dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan komuniti setempat dari masa ke semasa.