Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

32 ANGGOTA MBI SERTAI SUKAN MALA FASA 1/2026 DI PAHANG

Ipoh, 15 April 2026 – Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2026 Fasa 1 menyaksikan empat acara sukan dipertandingkan, iaitu golf, sepak takraw, petanque dan dart.

Kejohanan yang berlangsung di Pahang itu melibatkan penyertaan seramai 32 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Terdahulu, majlis penyerahan bendera kepada kontinjen MBI serta pelepasan ke Sukan MALA telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, yang mewakili Datuk Bandar Ipoh.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Encik Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Khidmat Pengurusan MBI merangkap Ketua Kontinjen Sukan MALA 2026, serta Encik Ridza’uddin bin Mohd Radzi, Yang Dipertua Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh (KSDBI).

Dalam ucapannya, Dato’ Mazlan menzahirkan harapan agar pasukan MBI dapat mencapai kejayaan cemerlang, di samping menjadikan setiap pertandingan sebagai platform untuk mempamerkan kemampuan terbaik.

Beliau berkata, penyertaan dalam kejohanan itu bukan sahaja untuk meraih kemenangan, malah bagi menyerlahkan nilai profesionalisme, integriti dan semangat berpasukan yang menjadi tunjang kekuatan MBI.

Sukan MALA 2026 Fasa 1 di Pahang akan berlangsung selama lima hari, bermula 15 hingga 19 April 2026.

670325735 1346028414216342 8215525175691674366 N
670489473 1346028427549674 8874014752479531576 N
671551221 1346028494216334 3903881372360314906 N
672084583 1346028344216349 4348342103314343267 N
672161782 1346028240883026 1363399614984867245 N
672359967 1346028234216360 7017622668268479950 N
672688091 1346028337549683 5716205488234780170 N
672715667 1346028317549685 3196228297609378128 N
673814222 1346028307549686 2809807346993120976 N