Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

EKSPRESI AIDILFITRI 2026 MERIAHKAN LORONG SENI IPOH

Ipoh, 11 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini telah menganjurkan program Ekspresi Aidilfitri 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah di Lorong Seni @ Lorong Panglima, Ipoh bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung serta peserta yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI.

Ekspresi Aidilfitri 2026 menampilkan pelbagai pengisian menarik antaranya:

a) Pertandingan Mewarna Poster Raya bagi kategori kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun;

b)Peragaan Pakaian Raya bagi remaja berumur 13 hingga 18 tahun dengan tema “Warnai Kreativiti, Serlahkan Gaya”;

c)Jualan kraftangan tempatan;

d)Persembahan kesenian tradisional serta Gema Warisan Budaya.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Aidilfitri di samping memupuk semangat perpaduan, kreativiti dan penghargaan terhadap warisan budaya dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurut YBhg. Datuk Bandar Ipoh, penganjuran program seperti ini bukan sahaja menghidupkan suasana bandar, malah memberi ruang kepada komuniti untuk berkumpul, berkarya dan meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi identiti Ipoh.

Majlis turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk KMC Medical Centre serta sokongan agensi-agensi berkaitan.

MBI berharap program seumpama ini akan terus mendapat sambutan dan menjadi platform berterusan dalam memperkukuh hubungan komuniti serta mempromosikan Ipoh sebagai bandaraya yang kaya dengan seni dan budaya.

Orang ramai yang hadir turut memeriahkan suasana dengan penuh semangat kekeluargaan dan keharmonian sempena Aidilfitri.

668265671 1341941714625012 6807510199418737084 N
668522870 1341941811291669 6351048357656702298 N
668566268 1341941901291660 3529931110225190980 N
668713765 1341941647958352 8059803120411295890 N
668773063 1341941651291685 4193396415447153186 N
669020624 1341941847958332 8602946309404132370 N
669317287 1341941904624993 997469014806447761 N
669434562 1341941801291670 4611172948730955628 N
669750711 1341941841291666 4198255225450620695 N