Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN AWAM

15 April 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan kerja-kerja Pembersihan Kutipan Sampah Kebun dan Pukal di Taman Tasek Aman, Taman Ria, Taman Kinta Mas, Taman Bercham Permai, RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Taman Klebang Putra, Taman Golf dan beberapa Kawasan yang lain.

Pihak Majlis juga telah melaksanakan kerja-kerja Pembersihan Sampah Haram di sekitar Taman Ipoh, Taman Star, Lorong belakang Jalan Raja Musa Aziz, Taman Kledang Raya dan beberapa kawasan yang lain.

Majlis Bandaraya Ipoh juga menegaskan supaya wargakota mematuhi syarat-syarat perkhidmatan kutipan sampah pukal dan sampah kebun. Untuk info lanjut, sila layari laman sesawang https://www.mbi.gov.my/sumber/muat-turun-dokumen?view=article&id=350&catid=27

Bersama-samalah kita menjaga kebersihan alam sekitar. #ipohbersih #rakyatsihat

490177388 1057879629697890 7692940718096451141 N
490412425 1057879513031235 7751538079854291529 N
490473104 1057879546364565 2645622080303459379 N
490495118 1057879613031225 8192831993332624230 N
491398874 1057879549697898 7321453396915657370 N