KUNJUNG HORMAT DELEGASI COHERENT CORP KEPADA YAB MENTERI BESAR PERAK
Ipoh, 17 April 2026 – YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Coherent Corp di Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan hari ini.
Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Undang-Undang & Hal Ehwal Global Coherent Corp, Mr Rob Beard. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah YBhg Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.
Coherent Corp merupakan sebuah syarikat teknologi global yang membangunkan penyelesaian berasaskan laser, optik dan fotonik bagi industri semikonduktor, komunikasi serta pusat data berteknologi tinggi.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah berbincang mengenai potensi peluasan operasi Coherent di Negeri Perak. Syarikat itu turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Perak sebagai hab pengeluaran transceiver bagi menyokong perkembangan industri pusat data kecerdasan buatan (AI).
Kerajaan Negeri Perak menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama strategik serta mengalu-alukan sebarang bentuk pelaburan berpotensi daripada Coherent Corp. Inisiatif ini diyakini mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat, selaras dengan fokus pembangunan ekonomi negeri.
Pertemuan ini diharap menjadi titik awal kepada hubungan kerjasama yang lebih kukuh antara Kerajaan Negeri Perak dan Coherent Corp, sekali gus memperkukuh kedudukan Perak sebagai destinasi pelaburan berimpak tinggi.

- Hits: 207