Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

KUNJUNG HORMAT PENGARAH PERKESO NEGERI PERAK KE ATAS DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 27 April 2026 – Encik Anthony Arul Dass a/l Arulappen, Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Perak telah mengadakan kunjung hormat ke atas YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara PERKESO Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh, khususnya dalam usaha memperkukuh perlindungan keselamatan sosial kepada warga kerja serta komuniti setempat.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai pelbagai inisiatif yang berpotensi dilaksanakan bersama, termasuk aspek kebajikan pekerja, perlindungan sosial, kesedaran caruman PERKESO serta program tanggungjawab sosial yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat di Bandar Raya Ipoh.

YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan menyambut baik usaha PERKESO Negeri Perak dalam memperluas kefahaman masyarakat terhadap kepentingan perlindungan keselamatan sosial.

Beliau turut menyatakan komitmen MBI untuk terus menjalin kerjasama erat dengan pelbagai agensi demi kesejahteraan warga kota.

Kunjungan hormat ini diharap dapat menjadi asas kepada pelaksanaan kerjasama yang lebih menyeluruh antara PERKESO Negeri Perak dan MBI pada masa akan datang.

681042585 1356002539885596 6465881385230193588 N
681797262 1356002499885600 8167177887714913600 N
682689607 1356002513218932 7621943509521939359 N
683993465 1356002573218926 1317551405220656334 N
684854911 1356002549885595 5694131461914864723 N