Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN PENANDAARASAN DELEGASI MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN (MPD) KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh, 29 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Perbandaran Dungun (MPD) yang diketuai oleh Yang Dipertua MPD, Tuan Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif.

Lawatan ini diadakan bersempena program penandaarasan antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertujuan merapatkan hubungan strategik dalam aspek pelaksanaan Sistem Bersepadu Perakaunan Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT), khususnya dalam aspek perakaunan dan pengurusan hasil.

Dalam rangka lawatan tersebut, satu sesi taklimat turut diadakan di Bilik Seroja, Aras 3, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dihadiri oleh Encik Mohd Syazlan bin Isa Suffian, Pengarah Perbendaharaan Bandaraya MBI dan taklimat telah disampaikan oleh Puan Che Wan Intan Maisarah binti Jamaluddin, Penolong Pengarah Kanan Perbendaharaan MBI.

Taklimat tersebut memberi tumpuan kepada perancangan jangka panjang yang dinamik serta kerangka konsepsual yang menjadi panduan dalam pengurusan hasil PBT.

Kunjungan dan perbincangan ini diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara MBI dan MPD, di samping membuka ruang kepada pertukaran idea, perkongsian ilmu serta amalan terbaik yang mampu meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

539384031 1160912142727971 4103409258283811270 N
539828886 1160912232727962 6705419207169766530 N
539913504 1160912189394633 4543075022064791021 N
539947450 1160912226061296 790443296091232145 N
540248476 1160912192727966 5793003261037754132 N
540480205 1160912156061303 3575827677202710571 N