Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

KUNJUNGAN HORMAT TEAM KERIS BERHAD & BUMI AVANTE SDN BHD KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 1 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Team Keris Berhad dan Bumi Avante Sdn Bhd di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Kunjungan tersebut diketuai oleh YBhg. Dato’ Lee Seng Hee, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Team Keris Berhad dan Tuan Ramelle Ashram bin Tun Ramli, Pengerusi Eksekutif Bumi Avante Sdn. Bhd, serta turut disertai oleh beberapa pegawai kanan dari kedua-dua syarikat. Turut hadir dalam sesi ini ialah Ketua-Ketua Jabatan MBI.

Pertemuan ini bertujuan untuk menjalin hubungan kerjasama strategik serta membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pembangunan hartanah, infrastruktur dan pelaburan yang berimpak tinggi di bandar raya Ipoh. Ia juga selaras dengan aspirasi Majlis Bandaraya Ipoh untuk terus memperkukuh jaringan bersama sektor swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi tempatan dan pembangunan mampan bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh dalam ucapannya mengalu-alukan komitmen pihak Team Keris Berhad dan Bumi Avante Sdn Bhd dalam menyokong inisiatif pembangunan di Ipoh serta berharap pertemuan ini menjadi pemula kepada kerjasama yang lebih erat dan bermanfaat pada masa hadapan.

525227626 1138701698282349 5501124290319160115 N
525794680 1138701691615683 6889621174655721774 N
526014973 1138701624949023 3189194130495901515 N
526436270 1138701654949020 7523066426635849459 N
526520074 1138701668282352 5497203504897506670 N
526589656 1138701618282357 8698923921675993964 N
526736027 1138701728282346 3991351862664666901 N
526742505 1138701714949014 6533311417892600764 N
526882451 1138701568282362 8940628335486066175 N
526952672 1138701581615694 626077255766138886 N