Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

LAWATAN DELEGASI MAJLIS DAERAH BERA KE MAJLIS BANDARAYA IPOH PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK ANTARA PBT

Ipoh, 27 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima lawatan penandaarasan daripada delegasi Majlis Daerah Bera (MDB) dalam satu lawatan rasmi yang berlangsung hari ini.

Delegasi seramai 27 orang itu diketuai oleh TPr. Mokhtar Bin Abdul Mubin, Setiausaha MDB disambut mesra oleh Encik Ts. Ridza'uddin Bin Mohd Radzi, Ketua Penolong Pengarah Kerja Awam (Kerja & Bangunan) dan Puan Ts. Nor Azlina Binti Jalaludin, Penolong Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan (Teknologi Maklumat). Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu serta idea berkaitan penubuhan Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) di Majlis Bandaraya Ipoh sehingga memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan.

Penubuhan Kumpulan FinQ di peringkat MBI iaitu kumpulan KIK yang melaksanakan inovasi Fin@Syariah (Sistem Pengurusan Kewangan Patuh Syariah) ini dibangunkan untuk memfokuskan sistem pengurusan hal ehwal kewangan secara menyeluruh, ia berfungsi untuk memproses pengasingan pendapatan dan pengelasan aktiviti perniagaan tidak patuh syariah serta menjana pelaporan secara automatik.

Manakala Kumpulan Infratech MBI iaitu kumpulan KIK yang melaksanakan projek inovasi SPLiT (Sistem Pengurusan Lalulintas Pintar) telah dibangunkan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan lalulintas di bandar raya Ipoh.

Sesi taklimat telah berlangsung di Bilik Gerakan MBI dan taklimat telah disampaikan oleh Ts. Ridza'uddin Bin Mohd Radzi, Ketua Penolong Pengarah Kerja Awam (Kerja & Bangunan) dan Ts. Nor Azlina Binti Jalaludin, Penolong Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan (Teknologi Maklumat).

Sebelum itu, delegasi MDB telah diberikan taklimat oleh Penerbit Radio TV MBI mengenai pengurusan TV & Radio MBI di Konti Radio MBI

Majlis turut diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan pertukaran cenderahati antara kedua-dua pihak sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama yang erat dan berterusan.

571142526 1211070141045504 5122127994327470720 N
571218747 1211070164378835 7997983421129649155 N
571221634 1211070104378841 2940215966048809239 N
571231418 1211070091045509 4823334612361289327 N
571347783 1211070171045501 728657344379067352 N
571444525 1211070231045495 2680177949366041767 N
571783273 1211070124378839 6070571339047238064 N