Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

LAWATAN KERJA MBI KE MBAS

Alor Setar, 22 April 2026 – Delegasi Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini bagi berkongsi maklumat, pandangan dan amalan terbaik berkaitan pengurusan pembersihan pasar awam serta medan selera/pusat penjaja di bawah seliaan SWCorp.

Delegasi MBI diketuai oleh Encik Manisegaran a/l Subramanian, Pengarah Kesihatan MBI. Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Encik Khairudin bin Idris, Pengarah Kesihatan Persekitaran MBAS, bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Kedah, Aras 5, Bangunan UTC Kedah.

Lawatan kerja ini antara lain bertujuan mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai kaedah pelaksanaan, pemantauan dan penyelarasan kerja-kerja pembersihan di pasar awam serta medan selera/pusat penjaja, selain memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan.

Sesi penerangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Azam bin Abd Hamid, Pengurus Cawangan SWCorp Alor Setar dan Padang Terap; Encik Mohd Hakime bin A. Kechik, Pengurus Unit Perkhidmatan E-Idaman Alor Setar dan Padang Terap; serta Puan Jazilah Jalaludin, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan dan Promosi, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, bersama pegawai-pegawai yang terlibat.

Pihak MBI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MBAS atas sambutan baik serta perkongsian ilmu yang diberikan sepanjang lawatan kerja ini.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara MBI dan MBAS, sekali gus membantu meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

675535466 1352082266944290 1281207100099676710 N
675750453 1352082213610962 6647788738267078021 N
677863152 1352082280277622 4389862993092937647 N
678342684 1352082200277630 5245559691612700527 N
678432871 1352082273610956 1787132774270845116 N
679436494 1352082256944291 1232704486887126172 N