Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

LAWATAN TURUN PADANG (TURPA) MBI BAGI SALURAN HARI BERTEMU PELANGGAN 2025

Ipoh, 1 Ogos 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meneruskan komitmennya dalam menyantuni permasalahan komuniti dengan mengadakan Lawatan Turun Padang (TURPA) rentetan daripada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 5 pada 21 Julai 2025 yang lalu.

Hadir bersama dalam sesi ini ialah YBhg. Clr. En. Wong Kar Keat, Ketua Whip Ahli Majlis, YDH Toh Amar Pahlawan Dato' Ahmad Hariri bin Kamarudin, YBhg. Clr Tn. Haji Azmy bin Mohamed Nazir, YBhg. Clr. En. Ahmad Fariq Walit bin Ahmad Puad, Setiausaha Bandaraya, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Ketua-ketua Jabatan MBI, Railway Assets Corporation (RAC) dan wakil-wakil jabatan serta wakil-wakil penduduk.

Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau dan menilai sendiri permohonan berkaitan permohonan lampu jalan dan pembinaan longkang di Jalan Susuran Sg. Tapah Jelapang Baru, hakisan tanah lot kedai di Taman Jubilee, permohonan papan tanda di Jalan Toh Muda Abdul Aziz, permohonan penambahbaikan longkang dan perparitan), dan aduan komuniti berpengawal dan berpagar “Guarded Community” di Taman Pinggiran Pengkalan Bayu.

Pihak MBI kini sedang menjalankan siasatan terperinci berkenaan kesemua isu ini.

Sesi libat urus bersama penduduk diadakan bagi memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai isu yang dibangkitkan, di samping mencari pendekatan penyelesaian yang praktikal dan menyeluruh.

Lawatan ini mencerminkan iltizam MBI dalam memastikan setiap aduan masyarakat diberi perhatian sewajarnya, di samping menyokong pembangunan bandaraya yang sejahtera, selamat dan lestari. Pihak MBI berharap isu ini dapat ditangani secara berperingkat dengan kerjasama semua pihak yang terlibat, demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti setempat.

525879347 1138430054976180 6660351540033831457 N
525917012 1138430151642837 6016352891155923256 N
526025877 1138430458309473 3919381305004409553 N
526226557 1138430528309466 7985776450628593860 N
526601236 1138430324976153 1812571746489989452 N
526797075 1138430594976126 8510935131337167016 N
526922047 1138430264976159 1218784645702887817 N
527454863 1138430398309479 1445474580202720694 N
527662618 1138430661642786 6838368167678238427 N