Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN BUKU NOBAT DIRAJA PERAK DARUL RIDZUAN

Ipoh, 25 April 2026 — Majlis Perasmian dan Pelancaran Buku Nobat Diraja Perak Darul Ridzuan telah berlangsung di The Albatross, Royal Perak Golf Club (RPGC), petang tadi.

Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, berkenan mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan.

Keberangkatan tiba DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan turut disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi bin Abd. Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; Yang Berbahagia Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh; serta para Ketua Jabatan dan wakil agensi kerajaan negeri.

Pada majlis tersebut, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berkenan menyempurnakan perasmian dan pelancaran Buku Nobat Diraja Perak Darul Ridzuan, yang diterbitkan sebagai usaha memperkenalkan, mendokumentasikan dan memartabatkan warisan institusi Nobat Diraja Perak kepada masyarakat.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memelihara khazanah adat istiadat Melayu Diraja Perak, selain memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap nilai sejarah, budaya dan tradisi Kesultanan Perak Darul Ridzuan.

Buku Nobat Diraja Perak Darul Ridzuan diharap dapat menjadi rujukan penting kepada generasi masa kini dan akan datang dalam memahami keunikan serta kepentingan Nobat Diraja sebagai salah satu warisan berharga negeri Perak Darul Ridzuan.

678384733 1353979080087942 6191447674585219490 N
678497220 1353979133421270 3262326598982352596 N
678912635 1353979093421274 4214087980153295773 N
679011938 1353979150087935 8384318527082268380 N
679642967 1353979120087938 8380499893799127548 N
679804602 1353979190087931 3717815685798177305 N
679828730 1353979156754601 5012941396304885221 N
680364717 1353979176754599 8754180742597244633 N