MERIAH..... MERDEKA FUN RIDE 2025
Ipoh, 30 Ogos 2025 – Program Merdeka Fun Ride 2025 berlangsung penuh meriah malam ini dengan penyertaan lebih 1000 peserta di Persiaran Bandaraya, berhadapan dengan Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Penganjuran kayuhan santai ini bertujuan menyemarakkan semangat cinta akan tanah air di samping meraikan kepelbagaian masyarakat berbilang kaum melalui aktiviti berbasikal yang sihat dan menghiburkan.
Acara pelepasan kayuhan telah disempurnakan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak mewakili YAB Menteri Besar Perak. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Jenny Choy Tsi Jen, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YBhg. Tuan Zamakshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, Puan Halizah binti Sipun Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Ahli Majlis MBI serta ketua jabatan Negeri, Persekutuan dan MBI.
Program yang bermula pada jam 8.30 malam hingga 11.00 malam itu menampilkan dua kategori kayuhan iaitu Kategori VIP dan Kategori Terbuka.
Selain kayuhan, peserta dan pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh Kumpulan Gema Warisan Budaya MBI, persembahan khas oleh Kumpulan I Am Neeta, serta cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM5,000.
Menambah kemeriahan, deretan gerai jualan turut disediakan di sepanjang Persiaran Bandaraya yang menampilkan pelbagai juadah makanan tempatan serta penyertaan agensi-agensi swasta.
Merdeka Fun Ride 2025 menjadi wadah terbaik untuk warga Ipoh berkumpul, berinteraksi dan menzahirkan semangat patriotik, di samping menikmati aktiviti berbasikal bersama keluarga dan rakan-rakan.
Program ini bukan sahaja menampilkan kayuhan penuh keceriaan, malah diperkaya dengan pelbagai aktiviti menarik yang dapat memupuk semangat perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat.

- Hits: 225