Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

OPERASI MEROBOH STRUKTUR BINAAN TANPA KELULUSAN FASA 2 (BIL 2/4) TAHUN 2026

Ipoh, 28 April 2026 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan Operasi Meroboh Struktur Binaan Tanpa Kelulusan Fasa 2 (Bil 2/4) Tahun 2026 pada hari ini yang merupakan perkara berbangkit melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Lalulintas, Pengangkutan dan Infrastruktur Majlis melibatkan struktur binaan tanpa kelulusan dijadikan shed kereta dan setor di atas rizab kawasan lapang.

Untuk makluman, pelaksanaan operasi ini adalah selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan, iaitu melalui pengeluaran Notis Roboh di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dengan arahan pematuhan Notis Roboh selama tiga puluh (30) hari. Kes ini telahpun diberi pelanjutan tempoh pematuhan notis namun struktur tersebut masih tidak dirobohkan oleh pemilik.

Operasi ini melibatkan kekuatan anggota seramai kira-kira 80 orang, dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak.

Operasi meroboh telah bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai kira-kira pada jam 12.00 tengah hari.

679151175 1356003546552162 7887400012557682044 N
681231776 1356003493218834 2525631744526276511 N
682004736 1356003626552154 8241191601350530993 N
684166205 1356003483218835 8975281685221656478 N
684439881 1356003619885488 1056105211678065725 N
684812019 1356003556552161 6043933440802950872 N