OPERASI MEROBOH STRUKTUR BINAAN TANPA KELULUSAN FASA 2 (BIL 4/4) TAHUN 2026
Ipoh, 12 Mei 2026 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan Operasi Meroboh Struktur Binaan Tanpa Kelulusan Fasa 2 (Bil 4/4) Tahun 2026 pada hari ini yang melibatkan struktur binaan tanpa kelulusan dijadikan shed kereta dan gerai penjaja serta kebun di atas rizab jalan.
Untuk makluman, pelaksanaan operasi ini adalah selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan, iaitu melalui pengeluaran Notis Roboh di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dengan arahan pematuhan Notis Roboh selama tiga puluh (30) hari. Kes ini telahpun diberi pelanjutan tempoh pematuhan notis namun struktur tersebut masih tidak dirobohkan oleh pemilik.
Operasi ini melibatkan kekuatan anggota seramai kira-kira 70 orang, dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Operasi meroboh telah bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai kira-kira pada jam 11.00 pagi.

- Hits: 134