Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

PERAK POLICY & RESEARCH CONFERENCE 2026 HIMPUN PEMIKIR, PENGGUBAL DASAR DAN PELAKSANA PEMBANGUNAN NEGERI PERAK

Ipoh, 7 Mei 2026 - Kerajaan Negeri Perak hari ini menganjurkan Perak Policy & Research Conference 2026 bertempat di Casuarina Convention Centre, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak.

Persidangan ini menjadi platform strategik yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, penggubal dasar, penyelidik, ahli akademik, agensi pelaksana serta pemegang taruh berkaitan bagi membincangkan hala tuju pembangunan Negeri Perak secara menyeluruh, berpaksikan data, penyelidikan dan dasar berimpak tinggi.

Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Turut hadir ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Program dimulakan dengan sesi Conference Briefing, diikuti sesi dialog bertajuk “Kemakmuran Melangkaui Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)” yang memberi tumpuan kepada pendekatan pembangunan lebih inklusif dan seimbang, melangkaui ukuran ekonomi konvensional.

YAB Menteri Besar Perak turut melawat Pameran Poster Kajian Perak Sejahtera 2030 yang mengetengahkan dapatan, idea dan cadangan penyelidikan berkaitan pembangunan negeri, selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Pada sebelah petang, persidangan diteruskan dengan sesi pembentangan secara breakout session yang merangkumi lima tema utama, iaitu:

Tema 1: Transformasi Digital, Data Raya dan Kecerdasan Buatan;

Tema 2: Ekonomi Inklusif, Produktiviti dan Daya Saing Negeri;

Tema 3: Kelestarian Alam, Daya Tahan Iklim dan Sekuriti Makanan;

Tema 4: Tadbir Urus dan Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan Awam;

Tema 5: Pembangunan dan Pemerkasaan Sosial.

Penganjuran persidangan ini diharap dapat memperkukuh budaya penyelidikan, menggalakkan perkongsian ilmu serta menghasilkan cadangan dasar yang praktikal, berkesan dan berpaksikan keperluan rakyat.

Kerajaan Negeri Perak komited untuk terus memperkukuh ekosistem dasar dan penyelidikan negeri sebagai asas kepada perancangan pembangunan yang lebih mampan, inklusif dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Perak.

687940872 1363575775794939 1553893071925684624 N
687960631 1363575782461605 3691442776643262200 N
688662562 1363575579128292 1350864487404832028 N
688913337 1363575705794946 7025956328982904370 N
689923802 1363575835794933 8351758360515799300 N
690649204 1363575635794953 7477496944859935032 N
690649543 1363575629128287 3886908872947895267 N
691479817 1363575722461611 4865186029233514738 N
691655539 1363575862461597 4966293745128179046 N
693556026 1363575825794934 6727800683536779989 N
695720762 1363575592461624 6389690252675561284 N