SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026 MERIAH DI IPOH
Ipoh, 31 Disember 2025 – Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh menjadi tumpuan orang ramai sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 yang berlangsung hari ini, Rabu, 31 Disember 2025. Sambutan yang dianjurkan ini dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik dan bersifat inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
Antara pengisian utama program termasuk persembahan kebudayaan daripada pelbagai kaum, gerai jualan makanan dan minuman, Kuiz Pelancongan Perak, sesi Meet & Greet bersama maskot Pelancongan Perak, pertunjukan bunga api sempena detik ambang tahun baharu serta persembahan nyanyian artis jemputan popular, Siti Nordiana dan Afieq Shazwan.
Kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan bukan sahaja memberikan hiburan kepada para pengunjung, malah turut mengukuhkan imej Ipoh sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik serta bandar raya yang dinamik dan inklusif.
Sambutan ini telah dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, bersama barisan kepimpinan Negeri Perak.
Turut hadir ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, sebagai tanda sokongan dan komitmen pihak berkuasa tempatan terhadap penganjuran aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan yang memberi impak positif kepada warga bandar raya Ipoh.
Penganjuran sambutan ini diharap dapat mengeratkan perpaduan masyarakat berbilang kaum serta memberi ruang kepada orang ramai untuk meraikan kehadiran Tahun Baharu 2026 dalam suasana yang harmoni, selamat dan penuh kegembiraan.

- Hits: 64