SESI TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI TAPAK PENJAJA TAMAN TEMARA
7 Mei 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan sesi taklimat dan cabutan undi tapak penjaja Taman Temara bertempat di Dewan Komuniti Kg Cempaka Sari dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Ia turut dihadiri oleh YBhg. Clr. Encik Basri Bin Mohamad Nor dan YBhg. Clr. Encik Ahmad Fariq Walit Bin Ahmad Fuad selaku Ahli Majlis MBI serta Encik Muhamad Izuan Aziz, Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Tebing Tinggi.
Seramai 29 orang peniaga yang hadir telah diberikan penerangan terperinci berkaitan Syarat-Syarat Pelesenan oleh Encik Ahmad Basir Bin Nor Azli, Penolong Pengarah Pelesenan, Taklimat Pengurusan Tapak Penjaja oleh Puan Noraini Binti Abu Bakar, Penguasa Kesihatan, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, Kerja-Kerja Pembinaan Tapak Penjaja oleh Encik Raizalaffendi Bin Abdul Rashid, Penolong Jurutera, Jabatan Kerja Awam dan Operasi Meroboh Struktur Binaan Tanpa Kelulusan oleh Puan Sharifah Binti Musa, Ketua Penguasa Bangunan, Jabatan Kawalan Pembangunan.
Proses undian tapak oleh para peniaga yang terlibat berjalan lancar dan pihak Majlis berharap tapak penjaja baharu yang akan disediakan di Taman Temara ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka.

- Hits: 156