Written by admin mbi on . Posted in Latest Info.

IKLAN KEKOSONGAN TAPAK PENJAJA GERBANG MALAM

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat 30 kekosongan tapak penjaja Gerbang Malam setelah proses pemutihan dilaksanakan oleh Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kini membuka peluang untuk permohonan tapak penjaja Gerbang Malam bagi memenuhi kekosongan tersebut. Bagi anda yang berminat, sila buat permohonan di Pejabat Pelesenan MBI di Lot 8, UTC Perak.

Tarikh Permohonan: 4 OGOS 2025 sehingga 11 OGOS 2025

Kesemua pemohon akan dipanggil untuk sesi temuduga selepas tarikh tutup permohonan yang dinyatakan.

Jangan lepaskanĀ peluangĀ ini!