Written by admin mbi on . Posted in Latest Info.

KULTURA x KERETAPI SARONG IPOH 2026

KULTURA x KERETAPI SARONG IPOH 2026 merupakan sambutan budaya dan komuniti sempena Hari Malaysia, berlangsung pada 15 & 16 September 2026 di Ipoh.

Program ini menghimpunkan seni, budaya, muzik, kraftangan, komuniti dan gaya hidup dalam satu perayaan yang meraikan kepelbagaian warisan Malaysia. Antara pengisian utama ialah Pekan Popup & persembahan kebudayaan di Padang Ipoh, kemuncak Keretapi Sarong Ipoh pada 16 September, serta KRAFLOKAL di Lorong Seni yang menampilkan tekat benang emas, batik, labu sayong dan tembikar.

KULTURA x KERETAPI SARONG IPOH 2026 — meraikan warisan, menyatukan komuniti, menghidupkan kota Ipoh. Sayang Malaysia.