Written by admin mbi on . Posted in Latest Info.

LANJUTAN TEMPOH BAYARAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 1/2026 SEHINGGA 31 MAC 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melanjutkan tempoh bayaran Cukai Taksiran Penggal 1/2026 sehingga 31 Mac 2026.

Lanjutan tempoh ini diberikan bagi memberi ruang kepada warga kota Ipoh untuk menjelaskan bayaran cukai taksiran yang masih belum dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Sehubungan itu, mulai awal Mac 2026, MBI telah menghantar surat peringatan kepada pemilik pegangan melalui sistem “Good Paymaster” khususnya kepada pemilik pegangan yang masih belum membuat pembayaran cukai taksiran.

Melalui inisiatif ini, MBI berharap maklumat dan hebahan berkaitan kaedah pembayaran dapat disampaikan dengan lebih jelas dan berkesan kepada wargakota Ipoh, sekali gus memudahkan urusan pembayaran cukai taksiran.

MBI amat mengharapkan kerjasama semua pemilik pegangan untuk membuat bayaran sebelum 31 Mac 2026 bagi mengelakkan sebarang tindakan lanjut.

Segala kerjasama dan perhatian daripada wargakota Ipoh amat dihargai.