Written by admin mbi on . Posted in Latest Info.

PENUTUPAN JALAN SEMPENA PERTANDINGAN INNO-RACE@IPOH 2025

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ingin memaklumkan bahawa sempena Sambutan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2025, pihak pengurusan MBI akan menganjurkan Pertandingan INNO-RACE@IPOH seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 9 Disember 2025 (Selasa)
Masa pertandingan: Bermula jam 7.30 pagi
Lokasi mula: Dataran Bandaraya Ipoh (berhadapan Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh)
Lokasi tamat: Taman D.R. Seenivasagam

Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran penganjuran serta keselamatan peserta dan pengguna jalan raya, penutupan jalan di kawasan Persiaran Bandaraya akan dilaksanakan seperti berikut:

Penutupan Jalan: Persiaran Bandaraya
Tarikh: 9 Disember 2025 (Selasa)
Masa penutupan: 7.00 pagi hingga 10.00 pagi

MBI menasihatkan orang ramai agar:

1. Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan.

2. Mematuhi arahan petugas bertugas serta papan tanda keselamatan/lencongan yang disediakan.

3. Mengutamakan keselamatan dan mengelakkan kesesakan dengan berkongsi maklumat ini kepada keluarga serta rakan-rakan.

MBI merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran semua pihak dalam memastikan program ini berjalan lancar.#