Written by admin mbi on . Posted in Latest Info.

PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH PUKAL SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026

PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH PUKAL SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026 
09 – 12 MAC 2026 & 16 – 18 MAC 2026
(7 HARI)

>>> SEMAK JADUAL PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH PUKAL SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026 <<<

  1. Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menyediakan Jadual Perkhidmatan Kutipan Sampah Pukal Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026 / 1447H;

  2. Jadual kutipan akan bermula pada 9 HINGGA 12 MAC 2026 DAN 16 HINGGA 18 MAC 2026;

  3. Sebanyak 19 unit lori terbuka akan menjalankan kutipan sampah pukal mengikut jadual yang ditetapkan (seperti di Lampiran);

  4. Pihak Majlis memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi jadual yang telah ditetapkan;

  5. Bagi perabot-perabot, hendaklah dipecahkan terlebih dahulu kepada kepingan kecil serta DISUSUN dan DIIKAT dengan kuat;

  6. Penduduk hanya dibenarkan mengeluarkan sampah pukal dan diletakkan di luar pagar hadapan rumah mereka SEHARI SEBELUM JADUAL KUTIPAN dijalankan;

  7. Warga kota boleh menghubungi pihak majlis sekiranya terdapat sebarang pertanyaan di talian berikut 05-241 1022.