MENU

VISI

Untuk Menyediakan Prasarana Dan Persekitaran Hidup Yang Moden, Selamat Dan Sesuai Dengan Pembangunan Bandar Yang Mampan

 

OBJEKTIF JABATAN

Melaksanakan pembangunan dan pembinaan infrastruktur serta kemudahan awam secara teratur dan sistematik.

Memastikan perancangan dan polisi yang dijalankan merupakan mesra alam/insan dan meningkat ke arah mempromosikan pembangunan mampan dan Bandar rendah karbon.

Melaksanakan hubungan antara agensi luar mengenai kawalan kerja tanah, mengurus dan menambahbaik pelan saliran, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya dan infrastruktur lain berdasarkan pendekatan perpaduan atau penyatuan.

 

FUNGSI JABATAN

  • Merancang Dan Membina Kemudahan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam.
  • Menyelenggara Segala Kemudahan Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Harta Majlis.
  • Mengeluarkan Permit-Permit Sementara.

 

BAHAGIAN SALIRAN

  • Merancang, mengenalpasti & membina projek-projek saliran & pencegahan banjir seperti longkang utama, jambatan & sistem saliran "Mesra Alam".
  • Menyelenggara & membaiki longkang-longkang utama & sistem mencegah banjir, kolam tadahan & takungan "Mesra Alam".
  • Menyemak & membuat ulasan bagi permohonan pembangunan tanah untuk skim-skim perumahan awam mengenai longkang -longkang  utama & sistem-sistem pengaliran dan saliran untuk tujuan kawalan pembangunan,

BAHAGIAN LALULINTAS

  • Merancang, merekabentuk & membina projek-projek jalan, jambatan, persimpangan, lampu jalan, perabut jalan & lampu isyarat.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan lampu isyarat, lampu jalan & persimpangan.
  • Menyemak & membuat ulasan bagi permohonan infrastuktur lalulintas sekim perumahan awam dan swasta untuk kelulusan pembangunan.
  • Memeriksa dan menyokong pengeluaran Sijil Layak Menduduki bagi kerja-kerja berkaitan lalulintas.
  • Membuat penyelidikan mengenai tahap jalan persimpangan untuk mengelakkan kesesakkan lalulintas dari masa kesemasa.

BAHAGIAN KERJA & BANGUNAN

  • Merancang dan membantu merekabentuk bagi menyediakan pelan-pelan, gerai, rumah kedai, tandas awam dan lain-lain.
  • Menguruskan dan menyelia projek-projek bangunan dan kemudahan awam yang lain.
  • Menjalankan kerja penyelenggaraan & pembaikan bagi bangunan-bangunan dan harta Majlis.
  • Melaksanakan  kerja-kerja pertukangan dan persiapan bagi acara-acara Majlis.

BAHAGIAN MEKANIKAL (BENGKEL)

  • Mengurus dan melaksanakan projek-projek mekanikal serta penyelenggaraan ke atas semua kenderaan Majlis.
  • Menyediakan penilaian pembelian kenderaan-kenderaan Majlis.
  • Menyelenggaraan & membaiki kenderaan-kenderaan Majlis.
  • Menyelaraskan peruntukan kenderaan untuk jabatan serta merangka program pembelian kenderaan Majlis.

BAHAGIAN ELEKTRIKAL

  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di premis-premis milik Majlis seperti pejabat-pejabat MBI, rumah pangsa, pasar awam, gerai dan pusat penjaja, dewan orang ramai, taman rekreasi dan riadah dan lain-lain bangunan di bawah pengurusan Majlis.
  • Mengurus dan melaksanakan projek-projek elektrikal serta penyelenggaraan ke atas peralatan elektrik.
  • Merangka, merancang program jangka panjang / pendek bidang elektrikal untuk semua premis Majlis.
  • Menyelenggaraan semua peralatan mekanikal pada bangunan-bangunan Majlis termasuk lif-lif, generator, peralatan pencegahan kebakaran dan lain-lain.

UNIT PENTADBIRAN AM

  • Menyediakan sistem fail dan rekod Jabatan Kejuruteraan.
  • Menyediakan surat-surat dan segala urusan yang berkaitan dengan perjalanan dan pentadbiran pejabat.
  • Mengendalikan semua urusan personal Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kejuruteraan.
  • Menguruskan semua hal mengenai fail-fail projek.
  • Menyediakan surat-surat dan borang-borang Standard Pengurusan Projek.
  • Menyediakan penyata akaun bayaran kemajuan kerja dan dokumen bayaran kontrak.