MENU
8 Januari 2022-Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan barangan keperluan sekolah kepada 100 anak anggota MBI sempena Program Back to School bawah MBI Prihatin di Kedai Canggih, Ampang Baru, Ipoh pagi tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Encik Rozamir bin Zulkifli, Pengarah Urusan Canggih Sutera Sdn Bhd, Puan Sr. Rohayah binti Abd Kadir, Pengarah Kanan- Perkhidmatan dan Puan Normala binti Latiff, Pengarah Perkhidmatan Komuniti & Kemasyarakatan MBI.
 
Sumbangan dibawah pembiayaan akaun Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI tersebut adalah untuk membantu meringankan beban persekolahan anggota MBI.
 
MBI telah mengambil inisiatif mewujudkan Program MBI Prihatin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
Lebih RM1 juta telah dibelanjakan bagi membantu meringankan beban penduduk, peniaga, anggota dan mantan anggota MBI dalam meneruskan kehidupan mereka yang terkesan dalam situasi pandemik Covid-19.
 
MBI bersama rakan strategik seperti pasar raya Econsave serta penaja lain turut menyampaikan sumbangan seumpama ini dalam Program MBI Prihatin.
 
Semoga program MBI Prihatin akan terus menjadi platform MBI untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.