MENU

Cabutan Cukai Taksiran 2022

 

Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran di Majlis Bandaraya Ipoh ini telah dilaksanakan beberapa tahun yang lalu. Sejak diperkenalkan, pembayaran setahun Bil Cukai Taksiran telah meningkat tahun demi tahun. 

Peningkatan yang berlaku ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik pembayaran Setahun Bil Cukai Taksir dan seterusnya Cabutan Bertuah yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

Pemberian hadiah-hadiah hebat dalam program cabutan bertuah ini juga adalah sebagai  tanda penghargaan dan terima kasih pihak Majlis kepada pembayar-pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Bandaraya Ipoh.

Bagi tahun 2022, pihak Majlis menawarkan Hadiah-Hadiah Cabutan Bertuah yang menarik berupa Wang Tunai berjumlah RM 59,200.00 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah. Pembayar yang membuat bayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan layak menyertai Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah utama iaitu Wang Tunai bernilai RM 20,000.00.

Cabutan Bertuah ini layak untuk pembayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan di SEMUA saluran pembayaran iaitu di Kaunter Pembayaran Majlis Bandaraya Ipoh, Kaunter Pejabat Pos, Kaunter PBT Perak serta pembayaran atas talian iaitu pembayaran melalui laman sesawang MBI di alamat www.mbi.gov.my (d-mbi@ipoh), PBTPay, Jompay dan juga perbankan internet. Bagi pembayaran atas talian dan juga agen kutipan, slip cabutan bertuah akan diproses secara automatik oleh pihak Majlis.

Ini merupakan langkah untuk menggalakkan wargakota membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter tetapi masih boleh menyertai Cabutan Bertuah.

Bagi pembayar awal Cukai Taksiran Tahun 2022 pula, pihak Majlis  telah menyediakan sebanyak 45,000 buku Kupon Letak Kereta Majlis Bandaraya Ipoh bagi tempoh Setengah Jam sebagai penghargaan.