MENU
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merupakan PBT yang pertama melaksakan penambahbaikan untuk sistem pembayaran atas talian sehingga ke Versi 3.0. Di mana, evolusi telah bermula dari tahun 2012 dengan sistem e-Semak & e-Cetak dan diikuti pula oleh sistem eBayaran@MBI pada tahu 2013. Terkini, pada tahun 2021 MBI telah membangunkan sistem D-MBI@Ipoh. Semenjak tahun 2012 sehingga kini, pihak MBI telah berjaya mebuat kutipan hasil sebanyak RM 37,813,424.90 dengan bilangan 399,160 transaksi melaui 2 evolusi sistem sebelum ini iaitu e-Semak & e-Cetak dan eBayaran@MBI.
 
D-MBI@Ipoh ini telah diberi nafas baru dengan fungsi-fungsi baru yang lebih komprehensif, fleksibel, real time dan tahap keselamatan ditingkatkan. Sistem ini menggunakan konsep Single Platform. Di mana, ia membenarkan pengguna mencapai pelbagai jenis bayaran dan pelbagai perkhidmatan dengan menggunakan satu akaun pengguna sahaja juga boleh diakses dengan menggunakan mana-mana telefon pintar, tablet dan komputer. Mempunyai rekabentuk yang responsif, mengikut tren semasa, mudah digunakan.
 
Pembanguna sistem D-MBI@Ipoh mempunyai 2 fasa. Fasa 1 (Kewangan), sebanyak tiga fungsi yang telah siap dibangunkan iaitu Semakan Bil (Cukai Taksiran, Lesen, Sewaan, Kompaun dan Lain-Lain Bil), Pembayaran (menerima status pembayaran secara real time) dan Resit Bayaran (cetak bil). Fasa 2 pula (Bukan Kewangan), tiga kategori perkhimatan MBI akan dibangunakan iaitu Lesen dan Perniagaan, Komuniti dan Pemaju & Pembekal. Di dalam tiga kategori ini akan mempunyai 15 menu, antaranya adalah eLesen, MyNorisk, MyAduan, Tempahan Dewan, eSupplier dan lain-lain. Penambahbaikan ini akan terus dilaksanakan mengikut keperluan semasa bagi mencapai hasrat Komuniti Digital menjelang 2025.
 
Evolusi ini bersesuian dengan perkembangan teknologi semasa yang mana satu akaun untuk pelbagai pembayaran dan pelbagai perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah permohonan lesen premis tidak berisiko, tempahan dewan dan fasiliti majlis bandaraya ipoh, permohonan permit penjaja sementara, permohonan lesen papan iklan dan lain-lain perkhidmatan.
 
Pengguna hanya perlu mendaftar akaun dengan menggunakan kad pengenalan untuk mendapatkan kemudahan bayaran dan pelbagai perkhidmatan tanpa perlu hadir ke mana-mana kaunter majlis Bandaraya Ipoh. Bagi pengguna yang telah mempunyai daftar akaun dengan Sistem Single Sign On (SSO) MBI sebelum ini, Anda boleh menggunka id dan kata laluan sedia ada untuk akses.
 
D-MBI@Ipoh merupakan Gerbang Digital MBI untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada wargakota Ipoh khususnya di hujung jari anda pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. (Selamat, Cepat dan Setempat).
 
D-MBI@Ipoh adalah Gerbang Digital MBI. Platform Urusan Dalam Talian Anda Bersama MBI. Layari https://d.mbi.gov.my .