MENU
16 September 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Liputan Kemudahan Wifi Percuma (MBIFREEWIFI) di SMK RPS Ipoh dan Penyerahan Tablet kepada 5 pelajar SMK RPS bagi tujuan PdPR serta 5 pek sumbangan makanan mewakili 50 pelajar yang kurang bernasib baik di hadapan Dewan Mesyuarat MBI pagi tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Puan Hajjah Rahimah binti Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran mewakili Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Encik Mohamad Hazawawi bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, Encik Mohd Zakir Shah bin Mir Bansah, YDP PIBG SMK Raja Perempuan, Puan Wiza Rozahrin binti Mohamed Radzi, Pengetua SMK RPS, Setiausaha Bandaraya, Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan dan ketua jabatan MBI.
 
MBI telah memasang MBIFREEWIFI di 5 lokasi SMK RPS iaitu Pejabat Asrama, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Gerakan, Dewan Kuliah dan Bilik Multimedia. Projek ini adalah sebahagian daripada program MBI PRIHATIN di sekolah-sekolah sekitar Bandaraya Ipoh. Untuk makluman, MBI juga telah menjalankan projek pembangunan di 4 buah sekolah iaitu:
 
a) Membina pejalan kaki di hadapan SMK Jalan Pasir Putih bernilai RM91,845.00 (Mula pembinaan pada 16 Ogos 2021 & siap pada 8 November 2021);
 
b) Membina pejalan kaki di hadapan SMK Seri Ampang, Jalan Gunung Rapat bernilai RM121, 919.00 (Mula pembinaan pada 1 September 2021 & siap pada 27 Oktober 2021);
 
c) Menaiktaraf pejalan kaki berbumbung di hadapan SK Taman Bersatu, Simpang Pulai bernilai RM68,670 (Jangkaan panggilan sebuthrga pada bulan September 2021);
 
d) Mengecat kotak/garis kuning di hadapan SMJK Yuk Choy, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.
Pada tahun ini, Majlis merancang untuk menyediakan liputan kemudahan wifi percuma di 18 lokasi yang terpilih.
 
Daripada 18 lokasi tersebut, sebanyak 10 lokasi telah dipasang MBIFREE WIFI iaitu di Bangunan Ipoh Tourists Information Centre (ITIC), Surau Seri Palma (Botani), Surau Taman Kanak-Kanak (TKK), Masjid As-Syakirin (Ulu Kuang), Dewan Bandaran, Medan Kidd, Dewan dan Perpustakaan Komuniti Tambun, 1 lokasi 3R (Rehat, Rawat, Rider), Dewan Sungai Tapah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan (RPS) manakala 8 lokasi lagi yang akan dipasang MBIFREE WIFI adalah di Persisiran Sungai Kinta & Taman DR, Bangunan UTC Perak dan 6 lokasi 3R (Rehat, Rawat, Rider).
 
Projek pemasangan wifi percuma di 18 lokasi ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Oktober 2021. Kelajuan MBIFREEWIFI yang dipasang adalah antara 20Mbps, 100Mbps dan 300Mbps.
Kemudahan ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) serta menjayakan Program Tuisyen Cikgu Saarani yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Perak pada 3 Februari 2021 yang lalu. Selain itu, kemudahan ini juga boleh membantu para usahawan untuk mengembangkan lagi pasaran produk mereka di dalam internet.
 
Kemudahan MBIFREEWIFI ini mampu untuk menampung seramai 200 hingga 250 orang dalam satu-satu masa dan kawasan liputan adalah 50 meter dari lokasi kemudahan MBIFREEWIFI tersebut disediakan.
 
Kemudahan MBIFREEWIFI ini juga merupakan salah satu komponen quick win smart-city untuk menjayakan hasrat menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Pintar dan MBI sebagai PBT Pintar.
Pada hari ni juga, MBI bersama Econsave di bawah MBI Prihatin turut menyumbangkan 5 pek sumbangan makanan kepada 5 pelajar SMK RPS bagi mewakili 50 pelajar yang kurang bernasib baik.
 
MBI turut membantu menceria dan mengindahkan serta membersihkan kawasan sekitar dan tandas SMK RPS.