MENU
 
9 September 2021 - Majlis Bandaraya Ipoh mohon maaf di atas gangguan kepada perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh.
 
Ia berikutan proses vaksinasi pekerja-pekerja MBI dan LTC Alam Bersih Sdn. Bhd. yang giat dilaksanakan bagi memastikan pekerja-pekerja tersebut dilindungi sekaligus menyumbang kepada imuniti kelompok yang disasarkan oleh Kerajaan.
 
Walau bagaimanapun, pihak Majlis akan sentiasa memastikan perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan tidak menimbulkan banyak masalah serta akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah tersebut.
Wargakota Ipoh boleh menghubungi talian hotline MBI 05-2551515 atau whatsapp 019-5503083 jika menghadapi sebarang masalah kutipan sampah dan pembersihan.
 
Semoga vaksinasi terhadap pekerja-pekerja MBI dan LTC Alam Bersih Sdn. Bhd akan memastikan kesejahteraan pekerja dan wargakota Ipoh terpelihara dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
 
MAJLIS BANDARAYA IPOH