MENU

Pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah melancarkan dua garis panduan iaitu garis panduan pertanian bandar dan garis panduan kebun komuniti bandar. Garis panduan ini diwujudkan bagi mengeluarkan fakta-fakta serta syarat-syarat mengenai pertanian bandar dan kebun komuniti bandar sekaligus memudahkan kefahaman para pemohon untuk melakukan permohonan.

Permohonan boleh dikemukakan bermula 1 Oktober 2021 (Jumaat) dengan mendapatkan borang permohonan daripada Jabatan Perancang Bandar ataupun melalui imbasan QR code dan muat turun borang dari web portal MBI.

Dengan wujudnya garis panduan ini, dapat memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran bandar.

Projek ini juga dapat menyelaras kerjasama di antara agensi serta mewujudkan platform bagi menggalakkan penglibatan semua pihak dalam pelaksanaan Pertanian Bandar dan Kebun Komuniti Bandar sekaligus dapat memenuhi hasrat Datuk Bandar, Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud dalam menjadikan “Ipoh Bandaraya Pintar Dan Rendah Karbon 2030”.