MENU
4 September 2021-Berikutan aduan peniaga Pasar Pasir Pinji berhubung kerosakan bumbung pasar tersebut, MBI telah bertindak pantas membelanjakan RM300 ribu bagi membaikpulih bumbung pasar berkenaan mulai 30 Ogos 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 22 September 2021.
 
Sebelum ini, MBI melaksanakan pembaikan bumbung secara kecil-kecilan namun masih terdapat bumbung yang bocor semula dan pasar ini juga turut pernah berlaku litar pintas beberapa kali yang boleh membahayakan peniaga dan pengunjung pasar berkenaan.
 
Untuk makluman, pasar berkenaan sudah uzur kerana sudah beroperasi sejak 50 tahun lalu. Pada asalnya, pasar ini telah dicadangkan untuk dibina baru kerana terlalu uzur namun peruntukan daripada pihak KPKT masih belum diperolehi. Oleh itu, MBI mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerja pembaikan kecil sebegini untuk keselesaan dan keselamatan peniaga dan pengguna pasar.
 
Berkaitan isu mengalihkan peniaga, pihak Majlis dan pihak kontraktor telah merangka program kerja sebelum memasuki tapak iaitu pelaksanaan kerja penukaran bumbung secara berperingkat mengikut blok yang mana kaedah ini tidak melibatkan peniaga perlu berhenti beroperasi. Pihak kontraktor juga hanya memulakan kerja penukaran bumbung selepas pukul 1.00 setiap hari yang mana waktu tersebut pasar dalam keadaan yang tidak aktif dan peniaga-peniaga tidak perlu memberhentikan operasi perniagaannya.
Ahli Majlis MBI turut terlibat secara langsung dalam kerja-kerja membaikpulih kerana Ahli Majlis MBI telah menyalurkan aduan tersebut kepada MBI serta memberi pandangan, khidmat nasihat dan memantau kerja-kerja tersebut.
 
MBI berharap kerja-kerja ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung Pasar Pasar Pinji pada masa akan datang.