MENU

15 Jun 2021-Majlis Bandaraya Ipoh mengambil maklum akan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara kita khususnya di Bandaraya Ipoh.

Sehubungan itu, MBI akan memberi moratorium atau penangguhan selama 3 bulan terhadap bayaran cukai taksiran penggal pertama, bayaran lewat sewaan rumah pangsa, pembaharuan lesen premis/iklan/komposit perniagaan dan lencana anjing 2021 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dan denda lewat dikenakan sepanjang tempoh tersebut.

Inisiatif yang dilaksanakan ini akan berkuatkuasa sehingga 31 Ogos 2021.

Moratorium ini bukan bertujuan pengecualian daripada bayaran tetapi lebih kepada memahami keperluan rakyat untuk berada di rumah dan terhad terhadap urusan di kaunter MBI secara fizikal untuk sementara.

Walaubagaimanapun, Majlis masih membuka saluran pembayaran secara online melalui laman sesawang MBI bagi mengelakkan sebarang tunggakan yang besar yang perlu dibayar oleh penyewa atau pembayar cukai.

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi  Baharin berkata, pelaksanaan penangguhan ini juga sekali gus dapat membantu wargakota Ipoh serta ekonomi peniaga-peniaga kecil yang terkesan selain merancakkan  aktiviti perniagaan semasa di dalam tempoh PKP yang sedang dijalankan di seluruh negara.

Terdahulu dalam mesyuarat Penuh MBI pada Mei lepas, Datuk Bandar turut mengumumkan pengecualian 1 bulan bayaran sewa kepada peniaga-peniaga di Pasar Besar Ipoh dan peniaga-peniaga Medan Selera di bawah seliaan Majlis bagi bulan Jun 2021 yang melibatkan lebih 1,000 peniaga dengan anggaran peruntukan RM50,000.

MAJLIS BANDARAYA IPOH