MENU
13 Oktober 2021-Majlis Bandaraya Ipoh kesal dengan perbuatan vandalisme terhadap kemudahan kerusi yang baru dipasang di Padang Taman Perpaduan Koperasi.
 
Apa yang lebih mengecewakan lagi, kejadian vandalisme itu berlaku beberapa hari selepas kemudahan itu disediakan kepada orang ramai.
 
Dato' Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh, berkata kemudahan tersebut disediakan bagi memberi keselesaan kepada orang ramai untuk bersantai di padang berkenaan.
 
MBI menanggung kerugian ratusan ringgit untuk menggantikan semula kerosakan kemudahan tersebut.
Kemudahan berkenaan yang disediakan untuk keselesaan orang ramai tidak sepatutnya dirosakkan.
 
MBI berharap semua pihak bekerjasama untuk menjaga kemudahan yang disediakan serta akan menugaskan anggota penguatkuasa MBI berpakaian biasa untuk menjalankan rondaan di sekitar padang dan taman rekreasi bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
 
Wargakota Ipoh juga boleh memaklumkan perbuatan vandalisme seumpama ini kepada MBI di talian 05-251515 atau whatsapp ke 019-5503083.
 
PENJAGAAN KEMUDAHAN REKREASI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.
MAJLIS BANDARAYA IPOH