MENU

14 November 2021-Majlis Bandaraya Ipoh  menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus kepada orang ramai untuk melunaskan kompaun kesalahan lalu lintas MBI bermula 15 November hingga 31 Disember 2021.

Pengurangan kompaun tersebut diberikan kepada orang ramai di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBI.

Tawaran berkenaan bertujuan membantu serta meringankan beban orang ramai khususnya warga bandaraya Ipoh ntuk melangsaikan kesemua kompaun dan perlu memanfaatkan peluang keemasan ini sebaik-baiknya.

Diskaun yang ditawarkan hanya diberikan untuk kesalahan berkaitan tidak mempamerkan kupon atau meletakkan kenderaan di luar petak sahaja, manakala bagi kesalahan lain ia tertakluk kepada diskaun dan prosedur pengurangan sedia ada.

Pembayaran kadar diskaun tersebut boleh dilakukan di Kaunter Bayaran MBI dan Kaunter Pandu Masuk MBI yang terletak di Greentown pada setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang manakala di Kaunter Bayaran MBI di Pusat Transformasi Bandar (UTC Perak) pada setiap hari Isnin hingga Ahad mulai pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.

Bayaran juga boleh dibuat secara online di portal Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.my dan di aplikasi Park@Perak.

Bagi memudahkan wargakota untuk membuat bayaran, diskaun kompaun akan terus  diberi cara automatik tanpa sebarang permohonan.